Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir kata penangguhan pelaksanaan titah tidak boleh dilihat sekadar sebagai persoalan pentadbiran atau perbezaan tafsiran undang-undang semata-mata. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan mengambil perhatian kenyataan Istana Negara dengan penuh keseriusan, dan memastikan titah membenarkan Najib Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah dilaksanakan dengan segera.

Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir berkata penangguhan pelaksanaan titah tidak boleh dilihat sekadar sebagai persoalan pentadbiran atau perbezaan tafsiran undang-undang semata-mata.

"Ia menyentuh persoalan yang jauh lebih besar, iaitu penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan, kewibawaan titah Agong serta prinsip kedaulatan undang-undang yang menjadi asas kepada sistem pemerintahan negara," menurut kenyataan.