Peguam Najib Razak gesa AGC tarik balik 'penangguhan sementara' dengan serta-merta.PETALING JAYA: Peguam Najib Razak menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) menunaikan komitmen untuk melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong, dengan membenarkan titah dilaksanakan hari ini.
"Apa juga yang mungkin dipilih oleh AGC untuk dibawa ke mahkamah, AGC tidak boleh terus menahan anak guam kami di Penjara Kajang sementara itu," kata firma guaman, Shafee & Co, dalam kenyataan.
Peguam bekas presiden Umno itu berkata AGC belum mengumumkan bahawa 'penangguhan sementara' telah ditarik balik.
"Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, anak guam kami, Najib, masih berada di Penjara Kajang dan titah seri paduka baginda nampaknya masih belum dilaksanakan," katanya.






