Ketua Polis Sibu, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, mengumumkan penahanan sembilan individu dalam siasatan kes pembunuhan seorang remaja. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Sembilan individu ditahan dalam siasatan kes pembunuhan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun, yang dipercayai ditikam dalam pergaduhan di Sibu, Sarawak.
Ketua Polis Sibu, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata suspek yang berusia antara 16 hingga 42 tahun ditahan hasil risikan dan siasatan Jabatan Siasatan Jenayah, lapor Berita Harian.
Seorang remaja dilaporkan maut selepas dipercayai ditikam pada bahagian dada dengan senjata tajam dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam.
Mangsa meninggal dunia selepas dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.







