LUXEMBOURG: Menteri Dalam Negeri Kesatuan Eropah (EU) memberikan kelulusan akhir kepada undang-undang baharu yang bertujuan meningkatkan pengusiran migran.
Ia diluluskan di tengah-tengah desakan untuk langkah lebih tegas susulan kemasukan beramai-ramai migran ke Ceuta, wilayah Sepanyol, pada akhir Julai, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Undang-undang yang diluluskan pada Khamis itu menyediakan asas perundangan untuk menubuhkan pusat pengusiran yang kontroversi di luar EU bagi migran yang diwajibkan meninggalkan blok itu secara sah tetapi tidak dapat dihantar pulang ke negara asal mereka.
Ia turut memperkenalkan kewajipan baharu serta kemungkinan dikenakan penalti terhadap pemohon suaka yang permohonannya ditolak.






