Bagi Usha Suppiah, Deepavali kini kembalikan memori bersama anak sulungnya, K Indiran, yang jadi penyeri sambutan perayaan bersama keluarga. (Gambar Usha Suppiah)PETALING JAYA: Bagi Usha Suppiah, Deepavali sentiasa menjadi masa untuk berkumpul bersama keluarga. Rumahnya akan meriah dengan kehadiran saudara-mara, kesibukan menyediakan juadah perayaan dan anak-anak yang berkumpul untuk membuat muruku.
Namun, sambutan tahun ini berbeza kerana anak sulungnya, K Indiran, tiada lagi di sisi keluarga.
Pada 18 Feb lepas, anggota tentera berusia 22 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di Kem Tentera Batu 10 di Kuantan. Dia menghembuskan nafas terakhir dua hari kemudian ketika menerima rawatan.
“Kali terakhir Indiran ada bersama kami, semuanya gembira. Tetapi tahun ini, dia sudah tiada. Apabila seorang ahli keluarga tiada, memang terasa ada sesuatu yang kurang.








