Manila: Kelewatan dalam memuktamadkan Rundingan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan berpotensi membuka ruang campur tangan kuasa luar.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun memaklumkan pihak ASEAN dan China belum menetapkan tarikh akhir baharu untuk memuktamadkan rundingan berhubung kod berkenaan.
Katanya, Malaysia mahu isu berkenaan diselesaikan menerusi rundingan langsung antara ASEAN dan China, selaras dengan prinsip pemusatan ASEAN, tanpa menjadikan rantau ini gelanggang persaingan kuasa besar.
"Kritikal kerana kita nampak perkara ini tertangguh begitu lama. Pada peringkat awal, kita berikan garis masa sehingga akhir tahun, tetapi saya juga akui sebenarnya sudah ada kemajuan dan komitmen dengan China yang jauh lebih positif.






