Kuala Lumpur: "Saya tenang sahaja, seperti biasa, saya seorang yang tenang."
Demikian reaksi Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan susulan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mendesak beliau meletak jawatan jika tidak lagi bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak meminta beliau meletak jawatan.
Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah pihak yang mencadangkan namanya sebagai salah seorang Timbalan Menteri.








