Kuala Lumpur: Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) menerima 159,728 panggilan membabitkan kerugian sebanyak RM250.35 juta bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dalam tempoh sama, sebanyak RM6.75 juta sudah 'earmarked' (dikhususkan), RM9.14 juta disita dan RM6.67 juta lagi berjaya dipulangkan kepada mangsa, bersamaan 73 peratus daripada jumlah sitaan.
Beliau berkata, konsep 'golden hours' amat penting, iaitu tempoh kritikal sebaik saja penipuan berlaku dan mangsa perlu segera menghubungi NSRC melalui talian 997 terutama dalam tempoh 24 jam pertama.
"Ia bagi membolehkan tindakan pantas diambil untuk mengesan dan menyekat aliran wang sebelum dipindah atau dikeluarkan, sekali gus meningkatkan peluang wang berkenaan diperoleh semula.






