MANILA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak menunjukkan komitmen politik baharu bagi memuktamadkan Kod Tatalaku (COC) yang berkesan dan substantif di Laut China Selatan, sambil menyatakan bahawa rundingan kini berada pada tahap kritikal.Beliau berkata, Malaysia, selaku pengerusi bersama rundingan itu dengan China, kekal komited untuk mengekalkan momentum ke arah memuktamadkan perjanjian berkenaan."Komitmen politik baharu daripada semua delegasi amat penting bagi mencapai matlamat bersama kita untuk mewujudkan COC yang berkesan dan substantif," katanya dalam kenyataan negara pada Sidang Kemuncak ASEAN-China Ke-29 di sini hari ini.Terdahulu, ketika menyampaikan Kenyataan Bersama ASEAN bagi pihak blok itu, Anwar berkata ASEAN mengalu-alukan momentum dan kemajuan ketara yang dicapai dalam rundingan berkenaan."Kami berharap usaha yang berterusan dan intensif dapat dilaksanakan bagi memuktamadkan COC yang berkesan dan substantif dalam fasa akhir rundingan ini."Kami menegaskan semula kepentingan mengekalkan keamanan, keselamatan, kestabilan serta kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan," katanya.Malaysia merupakan negara penyelaras ASEAN bagi hubungan dialog dengan China.Mengenai kerjasama ekonomi, Anwar berkata, Protokol Naik Taraf Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0 mula berkuat kuasa pada sidang kemuncak itu, sekali gus menandakan langkah penting ke arah memperkukuh hubungan ekonomi antara kedua-dua pihak.Beliau berkata, ASEAN berharap dapat menjalin kerjasama lebih erat dengan China dalam bidang ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI), termasuk usaha pembangunan kapasiti bagi menjadikan ekosistem digital lebih selamat dan berdaya tahan."ASEAN menegaskan semula komitmen bersama untuk terus bekerjasama rapat dengan China bagi memperdalam dan memajukan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) ASEAN-China pada tahun-tahun akan datang," katanya.Anwar berkata, hubungan ASEAN-China kekal kukuh ketika kedua-dua pihak memperingati ulang tahun ke-35 hubungan dialog dan ulang tahun kelima Perkongsian Strategik Komprehensif mereka.Beliau berkata, ASEAN mengalu-alukan sokongan berterusan China terhadap kepusatan ASEAN dan mekanisme yang diterajui ASEAN, serta kesediaan negara itu untuk menandatangani dan meratifikasi Protokol kepada Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara tanpa sebarang syarat."Kami menghargai sokongan padu China dalam menangani cabaran keselamatan bukan tradisional, termasuk peningkatan ancaman jenayah siber dan penipuan dalam talian," katanya.Anwar turut menggesa kerjasama lebih erat dengan China dalam transformasi digital dan pengukuhan langkah perlindungan berkaitan AI.Beliau berkata, Malaysia mengalu-alukan kerjasama dengan China bagi memaksimumkan manfaat ACFTA yang dinaik taraf, khususnya peruntukan berkaitan perniagaan kecil, piawaian, persaingan dan perlindungan pengguna.Mengenai Asia Barat, Anwar mengulangi kecaman Malaysia terhadap kekejaman yang dilakukan terha
Anwar gesa komitmen politik baharu untuk muktamadkan COC Laut China Selatan

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru komitmen politik baharu untuk memuktamadkan COC Laut China Selatan yang berkesan.
- Anwar menekankan pentingnya komitmen semua pihak dalam rundingan COC Laut China Selatan.
- Malaysia tetap komited untuk memuktamadkan perjanjian COC yang berkesan.
- Protokol ACFTA 3.0 mula berkuat kuasa dalam sidang kemuncak ASEAN-China.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Pasya hargai komitmen APE, A*CAP terbitkan single baharu
- Free Malaysia Today Benarkan titah dilaksanakan, peguam Najib gesa AGC tunai komitmen
- Sinar Harian Anwar gesa komitmen politik baharu untuk muktamadkan COC Laut China Selatan (this story)








%2Ffile%2Fattachments%2F890%2Fkapal_1000x600_399970.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)