Hamzah Zainudin kini berada di Switzerland hadiri Lugano Global Forum 2026.PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin akan menyampaikan ucapan khas di Lugano Global Forum 2026 di Switzerland.
Hamzah yang juga presiden Wawasan berkata, ucapan khasnya bertajuk 'The New International Disorder as Seen from Southeast Asia: How should Asean respond?'
"Saya akan berkongsi pandangan dari Asia Tenggara tentang bagaimana Malaysia dan Asean perlu bertindak di tengah-tengah persaingan kuasa-kuasa besar," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Menurutnya, di forum tersebut, beliau turut mengikuti perbincangan mengenai masa depan ekonomi dan geopolitik global.









