Ketua PH Melaka Adly Zahari mendakwa ketidakpuasan hati pengundi terhadap BN di Gadek ‘agak tinggi’ disebabkan wakil rakyat mereka yang kerap bertukar ganti.HANG TUAH JAYA: Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari menolak pandangan Ketua Barisan Nasional (BN) Melaka Ab Rauf Yusoh bahawa kemenangan di Gadek pada PRN 14 Nov mampu membuka jalan gabungan itu merampas kerusi Parlimen berkenaan.

Adly, yang juga Ketua Pakatan Harapan (PH) Melaka, berkata PRN dan PRU mempunyai dinamik berbeza, terutamanya dari segi peratusan kehadiran pengundi.

“Isunya berbeza dan pengundi yang keluar mengundi juga berbeza. Ada ketika kita kalah di Gadek pada PRN tetapi menang kerusi Parlimen (Alor Gajah) pada PRU,” katanya kepada FMT.