ALKMAAR: Pengendali Juventus, Luciano Spalletti menuntut pasukannya diberikan pengiktirafan sewajarnya selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas AZ Alkmaar dalam saingan Liga Europa, sambil menegaskan kejayaan itu hadir hasil keberanian dan kualiti permainan, bukannya kelemahan lawan.
Spalletti menyifatkan kemenangan di Belanda itu cukup bermakna memandangkan AZ tidak pernah tewas dalam 17 perlawanan di laman sendiri dalam saingan Eropah sejak Oktober 2023, selain Juventus terpaksa beraksi tanpa beberapa tonggak utama akibat kecederaan.
Juventus memulakan aksi dengan cemerlang apabila Teun Koopmeiners membuka jaringan hasil umpanan Randal Kolo Muani sebelum penyerang Perancis itu menggandakan kelebihan menerusi gerakan bersama Nick Woltemade.








