ADEN: Kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa pada Isnin mendesak Iran tidak membekalkan senjata kepada militia Houthi, menarik keluar pakar ketenteraannya dan tidak lagi mencampuri urusan dalaman negara itu selepas kumpulan tersebut berulang kali menyerang Arab Saudi sejak Julai.
Teheran turut dituduh memanjangkan konflik di Yaman yang berlaku sejak 2014 apabila Houthi menawan Sanaa sebelum pakatan diketuai Arab Saudi campur tangan dalam konflik itu setahun kemudian bagi menyokong kerajaan negara tersebut.
Iran turut dituduh oleh kerajaan Yaman menyediakan perlindungan politik dan diplomatik kepada kumpulan berkenaan.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform X awal Isnin, Kementerian Luar Negara dan Hal Ehwal Ekspatriat Yaman mengecam keras kenyataan Kementerian Luar Iran yang menuduh Arab Saudi.









