MANCHESTER: Pengendali pasukan kebangsaan Amerika Syarikat, Mauricio Pochettino, menjadi calon pilihan untuk menggantikan Michael Carrick sebagai pengendali Manchester United.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu dilaporkan bersedia memecat pengendali berusia 45 tahun berkenaan susulan kebimbangan semakin meningkat apabila pasukan itu terjerumus ke zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris, menurut sumber kepada ESPN.

Barisan kepimpinan United yang diketuai pengerusi bersama, Joel Glazer, pemilik minoriti, Jim Ratcliffe, ketua pegawai eksekutif, Omar Berrada dan pengarah bola sepak, Jason Wilcox, sedang menilai kedudukan Carrick selepas permulaan musim paling buruk kelab itu dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.