Addis Ababa (Habsyah): Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) mengecam serangan maut ke atas orang awam di timur Republik Demokratik Congo (DRC), lapor Xinhua.

"Serangan itu berlaku pada detik kritikal ketika usaha membendung penularan wabak Ebola sedang giat dijalankan.

Kemudahan kesihatan diserang dan pesakit termasuk beratus-ratus orang yang disahkan atau disyaki dijangkiti Ebola, melarikan diri demi keselamatan diri, sekali gus mencetuskan kebimbangan serius terhadap kesihatan awam," menurut Africa CDC dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat Ahad.

Serangan itu dilaporkan dilakukan Pasukan Demokratik Bersekutu pada Khamis malam hingga Jumaat di Cantine-Aloya, sebuah lokaliti di jajahan Beni dalam Wilayah Kivu Utara, menurut kenyataan itu.