WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjangka terdapat 'momentum positif' untuk menamatkan perang dengan Iran selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Qatar, di Rumah Putih, pada Isnin.
"Saya mengadakan perbualan yang amat baik dengan Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani," kata Trump menerusi platform Truth Social.
Beliau berkata, banyak perkara dibincangkan berhubung Republik Islam Iran.
Pertemuan dengan Perdana Menteri Qatar yang juga pengantara utama dalam konflik Iran menjadi pertemuan pertama Trump dengan pemimpin negara asing sejak partinya mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal.










