Kementerian Kewangan Diperbadankan dijangka melepaskan kedudukannya sebagai pemegang saham utama Digital Nasional Berhad sekali gus memberi laluan kepada CelcomDigi, Maxis dan YTL Power menjadi pemegang saham utama penyedia infrastruktur dan rangkaian 5G itu. (Gambar DNB)PETALING JAYA: Perubahan pemilikan Digital Nasional Bhd (DNB) kembali mencetuskan persoalan mengenai hala tuju rangkaian 5G Malaysia, khususnya sama ada negara akan terus mempunyai dua pilihan teknologi berbeza.

Perhatian kini tertumpu kepada peranan lebih besar syarikat telekomunikasi (telco) dalam DNB dan kesannya terhadap keputusan operasi, pelaburan serta pemilihan vendor teknologi.

FMT menjelaskan rasional di sebalik penggunaan dua rangkaian 5G, perubahan yang bakal berlaku dan langkah diperlukan bagi memastikan pilihan teknologi kekal terbuka.