TANJUNG MALIM: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Yang turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Dalam sembah ucapannya, Shamsul Anuar berkata, projek pembinaan kompleks IPD baharu tersebut bermula pada 27 Disember 2017 di atas tapak seluas 11.34 hektar yang menelan belanja sebanyak RM85 juta.

Menurutnya, perasmian itu menandakan suatu lagi pencapaian penting dalam usaha kerajaan memperkukuhkan prasarana keselamatan dan meningkatkan keupayaan penyampaian perkhidmatan kepolisan kepada rakyat khususnya di daerah Muallim.