Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi, berkata kemajuan pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo di Sabah setakat ini hanya mencapai 11.4%, manakala projek di Sarawak hampir siap. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Penamatan kontrak syarikat terlibat pembinaan Lebuhraya Pan Borneo tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana kelewatan pelaksanaan sesuatu pakej kerja bukan semata-mata berpunca kelemahan kontraktor.

Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya perlu meneliti setiap permohonan lanjutan masa dikemukakan kontraktor bagi mengenal pasti punca kelewatan, termasuk kekangan melibatkan agensi kerajaan atau faktor lain.

Beliau berkata, setakat ini hanya satu kontrak ditamatkan berikutan kelewatan projek berkenaan selepas penilaian menyeluruh dilakukan.