Calon PH Rahayu Hamzah berdepan pertandingan satu lawan satu dengan Dr Akmal Saleh, penyandang dari BN, di DUN Merlimau pada PRN Melaka, Sabtu ini.JASIN: Berdepan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh di kubu kuat Barisan Nasional (BN) bukan tugas mudah, namun calon Pakatan Harapan (PH) Rahayu Hamzah tetap mengintai peluang mencipta kejutan di DUN Merlimau pada PRN Melaka, Sabtu ini.

Rahayu yang lebih dikenali sebagai Ayu Hamzah sedar cabaran besar menantinya, terutama apabila Akmal memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,248 undi pada PRN 2021, selain memiliki jentera pilihan raya yang kuat.

Namun, beliau tidak mahu mengalah sebelum bertarung dan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti kemenangan penyandang itu, tanpa menolak kemungkinan merampas kerusi berkenaan.