KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 24 Nov ini bagi mendengar permohonan peguam Sangeet Kaur Deo dan Harkiranjit Kaur Manjit Singh, untuk menarik diri daripada mewakili pelawak dan pelakon Harith Iskander dalam kes saman fitnah difailkan Datin Seri Rosmah Mansor.
“Ya, kami memohon untuk menarik diri (discharge) daripada mewakili (Harith Iskander),” katanya.
Terdahulu, Sangeet dan Harkiranjit menghadiri prosiding pengurusan kes permohonan itu secara dalam talian di hadapan Hakim Arziah Mohamed Apandi hari ini bersama-sama peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff dan Nur-Diana Ezlyn Hashim yang mewakili Rosmah.
Sementara itu, Mohamed Baharudeen ketika dihubungi pemberita berkata pendengaran permohonan berkenaan pada 24 Nov ini akan dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom pada 2.15 petang.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2F0c6d39611bfdb7cadf2e5483ba5e9df1.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
