Mayat ketujuh mangsa kepala air di Tapak Berkelah Sungai Pertak ditemukan pada 3.40 petang tadi, tinggal seorang lagi daripada lapan mangsa masih hilang.
KUALA LUMPUR: Mayat ketujuh mangsa insiden kepala air di Tapak Berkelah Sungai Pertak di sini ditemukan pada 3.40 petang tadi, menjadikan hanya seorang lagi daripada lapan mangsa yang dilaporkan hilang masih belum ditemukan.
Berdasarkan maklumat terkini Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), mayat lelaki dewasa warga India itu ditemukan di Sektor C kawasan pencarian.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Rasa pada 4.45 petang selepas dibawa ke PKTK.







