Belgrade: Jerman meraih kemenangan selesa 3-1 ke atas Serbia pada aksi Liga Negara-Negara di Belgrade, awal pagi tadi, sekali gus bakal berdepan pertembungan penting menentang Belanda di Berlin, Selasa ini.
Dalam keadaan hujan lebat di stadium yang hampir kosong, Jerman mendahului perlawanan menerusi jaringan sendiri pemain Serbia, Srdan Babic, selain gol Florian Wirtz dan Brajan Gruda.
Babic menebus kesilapannya menerusi jaringan sagu hati pada babak kedua, namun Serbia terpaksa mengakhiri perlawanan dengan sembilan pemain selepas pemain gantian, Vanja Dragojevic dan Andrija Zivkovic, dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan.
Kemenangan besar 7-0 Belanda ke atas Greece di Amsterdam bermakna Jerman kemungkinan besar perlu menewaskan Belanda pada Selasa ini untuk melangkah ke suku akhir, kecuali jika Serbia berjaya menewaskan Greece di tempat lawan.






