firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Tidak siapa menyangka pertahanan Harimau Malaya, Corbin Ong melalui detik cukup mendebarkan ketika membantu pasukan negara pada Piala ASEAN FIFA di Jakarta, apabila pada masa sama isterinya bertarung nyawa melahirkan cahaya mata mereka di tanah air.
Pemain kacukan Kanada-Malaysia itu baru sahaja pulang ke tanah air selepas membantu Harimau Malaya menamatkan saingan Piala ASEAN FIFA di tempat ketiga, namun pengorbanannya sepanjang berada bersama pasukan negara ternyata membuahkan hasil manis.
Corbin beraksi pada perlawanan menentang Vietnam di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta semalam, yang menyaksikan Malaysia mencatat kemenangan 1-0 ke atas juara kejohanan itu.








