Pasangan kembar Lau Song Kiow dan Lau Song Ghi selepas membuang undi di pusat mengundi di SJKC Malim sempena PRN Melaka. (Gambar Bernama)MELAKA: Kekurangan upaya fizikal bukan penghalang buat pasangan kembar wanita kerdil berusia 63 tahun untuk hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRN Melaka ke-16, hari ini.
Lau Song Kiow dan Lau Song Ghi, yang masing-masing berketinggian kira-kira 80cm, hadir bersama-sama ke pusat mengundi di SJKC Malim, pada 10.15 pagi tadi dan menyifatkan pengalaman mengundi sebagai sesuatu yang menggembirakan.
Kedua-dua warga emas itu merupakan pengundi bagi kerusi DUN Kesidang.
Song Kiow berkata dia sudah beberapa kali menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan berasa gembira kerana masih berpeluang melaksanakan tanggungjawab itu, kali ini.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F2342323424_463370.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)