Melaka: Perikatan Nasional (PN) didakwa memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, sekali gus mengalahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.

Ia adalah kerusi kedua dimenangi PN secara tidak rasmi selepas kemenangan di Paya Rumput.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, berdasarkan keputusan tidak rasmi, calon PN, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, menang di kerusi itu dengan 10,624 undi.

Sementara Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan hanya mampu berpuas hati dengan 5,655 undi, BERSAMA (730) dan BEBAS (102).