Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan logo Bersatu pada PRN Melaka, kali kedua selepas Negeri Sembilan.MELAKA: Bersatu sekali lagi mengalami kekalahan menyeluruh selepas gagal memenangi sebarang kerusi daripada tujuh kawasan ditandinginya pada PRN Melaka, menyusuli nasib sama pada pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan.

Keputusan itu menyaksikan parti pimpinan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin itu gagal memperoleh semula kerusi DUN di Melaka, selepas memenangi dua kerusi pada PRN 2021.

Antara calon tewas ialah Timbalan Ketua Bersatu Melaka Mohamad Ali Mohamad di Kelebang, yang turut ditandingi penyandangnya, Naib Presiden MCA Lim Ban Hong daripada Barisan Nasional (BN).