Ab Rauf mempertahankan kerusi Tanjung Bidara menewaskan calon PH Mohd Yunazri Mustamiri, dan watikah pelantikan dihantar kepada Tun Mohd Ali Rustam.
MELAKA: Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan mencalonkan Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka baharu selepas meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 malam ini.
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata watikah pelantikan Ab Rauf, yang juga penyandang Ketua Menteri akan diutuskan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, malam ini.
Ahmad Zahid memaklumkan perkara berkenaan selepas mengumumkan kemenangan majoriti dua pertiga yang diraih gabungan itu pada PRN Melaka, di Melaka International Trade Centre (MITC) di Ayer Keroh, di sini malam ini.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fml12_512151.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)