Syed Ibrahim Syed Ahmad ulas gesaan Puad Zarkashi supaya DUN Perak dan Pahang dibubarkan untuk beri laluan kepada PRN.PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno Pahang menyifatkan gesaan bekas pemimpin parti itu Puad Zarkashi supaya DUN Perak dan Pahang dibubarkan sebagai pandangan pihak luar.

Ahli Jawatankuasa Umno Pahang Syed Ibrahim Syed Ahmd berkata keputusan itu terletak pada kepimpinan negeri masing-masing yang lebih memahami keadaan negeri termasuk kestabilannya.

Menurut ahli majlis mesyuarat kerajaan (exco) Pahang itu sesiapa sahaja boleh memberi pandangan, merujuk gesaan Puad yang membuat cadangan itu selepas gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menang besar pada PRN Melaka, semalam.