Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi menasihatkan rakyat supaya lebih berhati-hati dengan maklumat yang tersebar di media sosial dan menyemak kesahihannya sebelum mempercayai atau menyebarkannya.PETALING JAYA: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran dakwaan tidak benar mengenai projek pembangunan dan kemudahan awam di negeri itu.
Beliau berkata, tindakan itu susulan penemuan sejumlah akaun media sosial mencurigakan yang memuat naik pelbagai dakwaan, termasuk projek bernilai ratusan juta ringgit serta menyebut nama syarikat yang pelik dan meragukan.
Katanya, perkara lebih mencurigakan ialah kebanyakan akaun berkenaan menggunakan ayat dan naratif hampir sama, manakala sebahagian besarnya tidak mempunyai pengikut.










