Bersatu sekali lagi mengalami kekalahan teruk dalam PRN Melaka Sabtu lalu, apabila lima daripada tujuh calonnya hilang wang deposit.PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu berkata parti itu masih kekal relevan kepada orang Melayu yang mengutamakan integriti, berpegang teguh kepada prinsip dan menolak rasuah, walaupun Bersatu kalah dalam tiga PRN berturut-turut termasuk di Melaka.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata parti itu juga kekal relevan bagi mereka yang menolak pengkhianatan, fitnah, salah guna kuasa dan pemimpin yang menggunakan agama demi keuntungan politik.

Beliau juga menafikan bahawa Bersatu hilang pengaruh dalam kalangan pengundi Melayu, sambil berkata calon Bersatu di Pantai Kundor memperoleh lebih 6,000 undi, atau 40.8% undi.