Jawatankuasa Pengurusan Bencana Batu Pahat mengumumkan semua sekolah, tadika dan taska di daerah itu ditutup mulai hari ini susulan bacaan IPU sangat tidak sihat melebihi paras 200. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Batu Pahat di Johor mendahului 34 kawasan lain di seluruh negara merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Batu Pahat tertinggi, iaitu 191.

Ia disusuli Johan Setia di Selangor (189), Cheras di Kuala Lumpur dan Nilai di Negeri Sembilan (188), Putrajaya (186) dan Shah Alam di Selangor (180).

Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Batu Muda dan Segamat (177), Bukit Rambai (176), Petaling Jaya dan Banting (175), Bandaraya Melaka (174), Alor Gajah dan Pasir Gudang (173) serta Tangkak (170).