Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata tidak timbul isu peletakan jawatan diarahkan Umno sebaliknya dibuat sendiri oleh pemimpin berkenaan.PUTRAJAYA: Peletakan jawatan Ismail Lasim sebagai menteri besar Negeri Sembilan dibuat atas kerelaan sendiri tanpa arahan khusus parti, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi.
Beliau berkata, tidak timbul isu peletakan jawatan itu diarahkan Umno, sebaliknya ia dibuat sendiri oleh pemimpin berkenaan.
"Beliau tidak memberikan alasan, mungkin atas rasa dan kesedaran bahawa beliau mahu supaya permasalahan ini dapat dirungkaikan dengan secepat yang mungkin," katanya selepas menghadiri Majlis Peluncuran Putrajaya FOI 2026.
Semalam, Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir mengumumkan Ismail telah mengutus surat peletakan jawatan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.








