Semalam, BN umum peletakan jawatan Ismail Lasim sebagai menteri besar Negeri Sembilan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Anak Ismail Lasim mempersoalkan peletakan jawatan bapanya sebagai menteri besar Negeri Sembilan, menggambarkan Adun Juasseh itu seolah-olah dijadikan kambing hitam dalam krisis perlembagaan negeri itu.
Naim Ismail mempersoalkan sama ada bapanya ada mengeluarkan kenyataan bagi mengumumkan peletakan jawatannya.
"Kalau bukan, atas dasar apa parti tampil mengeluarkan kenyataan media?" soalnya dalam hantaran Instagram.
Semalam, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Zambry Abdul Kadir mengumumkan bahawa Ismail telah meletak jawatan sebagai menteri besar Negeri Sembilan.










