Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail diiringi Pesuruhjaya Tinggi UK ke Malaysia Ajay Sharma CMG menyertai Kayuhan MAIPs Peduli di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis. (Gambar Istana Arau)PETALING JAYA: Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom (UK) ke Malaysia, Ajay Sharma CMG kagum dengan perubahan positif di Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis, hasil inisiatif pembangunan komuniti diterajui Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Beliau berkata, transformasi itu bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup penduduk, malah menyuntik kesedaran masyarakat untuk menjaga kebersihan serta mencantikkan kawasan kediaman dan premis perniagaan masing-masing.

Katanya, perubahan turut dapat dilihat dalam kalangan kanak-kanak yang sebelum ini kurang berminat ke sekolah tetapi kini kembali belajar dengan penuh semangat.