Khairy Jamaluddin mengingatkan bahawa PAS pernah sokong perjuangan reformasi Anwar Ibrahim melalui Barisan Alternatif.PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mungkin dapat menyelamatkan kedudukan politiknya dengan menghidupkan semula kerjasama seperti Barisan Alternatif (BA) bersama PAS tanpa DAP, menurut bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata, langkah itu boleh membuka laluan kepada pembentukan kerjasama politik seperti BA pada 1999, yang ketika itu menghimpunkan Parti Keadilan Nasional (kini dikenali sebagai PKR), DAP, PAS dan Parti Rakyat Malaysia.
Beliau berpandangan, Pakatan Harapan (PH) memerlukan sokongan pengundi Melayu yang lebih besar selepas kekalahannya pada PRN Melaka apabila hanya memenangi empat kerusi berbanding 24 yang dikuasai Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FPentadbiranUndangLuakRembau1_340957.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)