Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata, maklumat mengenai prosiding FTPB harus dikendalikan secara sulit serta menghormati institusi diraja.PETALING JAYA: Umno menuntut kerajaan menjelaskan sama ada Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menyahklasifikasi dan mendedahkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (FTPB) berhubung pengampunan bersyarat bekas perdana menteri Najib Razak.
Minit mesyuarat bertarikh 18 Sept itu menyatakan Agong memutuskan untuk memberi pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman kes SRC International di bawah tahanan rumah selepas membayar denda RM50 juta.
Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kuasa memberi pengampunan ialah hak prerogatif Agong di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, dan maklumat mengenai prosiding FTPB harus dikendalikan secara sulit serta menghormati institusi diraja.








