Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata perancangan tenaga kerja perlu dimulakan lebih awal kerana pembangunan loji janakuasa nuklear mengambil masa panjang. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen menggesa kerajaan memperkukuh agensi yang menyelaras usaha pembangunan tenaga nuklear negara serta memanfaatkan kepakaran tempatan bagi menyokong peralihan kepada sumber tenaga baharu.

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata kerajaan perlu menambah peruntukan kepada MyPower dan membawa kembali pakar nuklear yang sudah bersara.

Menurutnya, langkah itu bagi membantu membangunkan tenaga kerja untuk industri nuklear negara pada masa depan.

"Kita perlu serius dalam meningkatkan peruntukan MyPower dan melibatkan mereka yang benar-benar pakar dalam bidang nuklear," katanya di Dewan Rakyat.