PETALING JAYA: UMNO mempersoalkan status minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dimuatnaik bekas Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua di Facebook miliknya hari ini.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, susulan perkongsian dokumen berstatus rahsia itu, UMNO menggesa pihak bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan rasmi mengenainya.
“Status pengelasan semula. Adakah minit berkenaan telah dikelaskan semula secara rasmi? Jika ya, bilakah keputusan itu dibuat dan siapakah membuatnya?
“Asas kuasa dan tujuan. Apakah asas kuasa yang digunakan, tatacara yang dipatuhi dan tujuan pengelasan semula itu?








