Kuala Lumpur: Pelakon Puteri Balqis meluahkan kekecewaan apabila berasa ramai pihak seolah-olah menunggu peluang untuk melihat dirinya kembali tersungkur susulan kontroversi membabitkan namanya ketika ini.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, pelakon berusia 19 tahun itu mengakui situasi dihadapinya mengingatkan kembali kepada pesanan ibunya mengenai pengkhianatan manusia dan keperluan untuk terus tabah menghadapi dugaan.

"Saya melihat betapa ramai orang yang mahu menjatuhkan saya. Mereka selama ini menunggu peluang untuk melihat saya tersungkur sekali lagi.

"Saya masih ingat kata-kata ibu, 'Manusia akan mengkhianatimu, tetapi kamu seorang anak lelaki. Seorang anak lelaki dalam tubuh seorang anak perempuan.'