KUALA LUMPUR: UMNO menuntut penjelasan rasmi diberikan berhubung dakwaan bahawa minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkait pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dinyahklasifikasikan.
Ketua Penerangannya, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pihak yang bertanggungjawab itu perlu menjelaskan sama ada minit terbabit telah dinyahklasifikasikan secara rasmi, siapa dan bila keputusan berkenaan dibuat.
"Apakah asas kuasa yang digunakan, tatacara yang dipatuhi, dan tujuan pengelasan semula itu?
"Adakah salinan yang beredar sepadan dengan rekod rasmi? Adakah pengelasan semula itu meliputi keseluruhan minit, termasuk lampiran berkaitan, atau hanya bahagian tertentu?" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.








