Najib Razak dipindahkan ke tahanan rumah pada 10 Nov selepas Umno membantu melunaskan denda RM50 juta dalam kes SRC International.PETALING JAYA: Umno menggesa penjelasan rasmi berhubung status minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan pengampunan bersyarat Najib Razak selepas beberapa halaman dokumen yang didakwa sebahagian daripada minit berkenaan dikongsi bekas Ahli Parlimen DAP Tony Pua.
Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said berkata pihaknya mahu kepastian sama ada minit itu sudah dinyahklasifikasi secara rasmi, termasuk bila keputusan dibuat dan siapa yang mempunyai kuasa meluluskannya.
Katanya, penjelasan juga diperlukan mengenai asas perundangan, prosedur yang dipatuhi serta tujuan dokumen berkenaan dinyahklasifikasi.









