Vivien Fabian dan 7 bekas pegawai Esscom, termasuk ketua perisikan Mat Zaki Zain, sebelum ini didakwa secara bersama atas tuduhan bunuh Nurman Bakaratu, namun kemudian dibebaskan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Isteri kepada seorang bekas pegawai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mendakwa beliau ditelanjangkan dan dikasari dalam tahanan reman ketika polis cuba memaksanya mengaku terlibat dalam satu kes pembunuhan pada 2023.
Vivien Fabian, 38, sebak dan menangis ketika memberi keterangan mengenai pengalaman pahit yang didakwa berlaku itu, di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini, dalam saman sivil bernilai RM190 juta yang difailkannya bersama pihak lain terhadap beberapa pegawai kanan polis, kerajaan serta pihak berkaitan.








