Pembiayaan seragam dan berterusan bagi sistem saliran mampu mengurangkan risiko banjir kilat yang menjejaskan ramai pengguna. (Gambar X)KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menggubal akta khusus bagi pengurusan dan penyelenggaraan sistem saliran negara, selain menyediakan peruntukan tahunan tetap bagi mengurangkan risiko banjir kilat.
Rodziah Ismail (PH-Ampang) berkata walaupun Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) meletakkan tanggungjawab pembinaan dan penyelenggaraan sistem saliran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), undang-undang itu tidak mewajibkan peruntukan khusus disediakan bagi tujuan berkenaan.
Menurutnya, berbeza dengan penyelenggaraan jalan yang mempunyai mekanisme seperti Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS), sistem saliran negara tidak mempunyai mekanisme pembiayaan yang seragam dan berterusan.








