KUALA LUMPUR: Matrix Concepts Holdings Bhd (Matrix Concepts) tersenarai antara 10 pemaju hartanah terbaik menerusi Anugerah Pemaju Hartanah Terbaik The Edge Malaysia (TPDA) 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukan kumpulan itu ketika meraikan ulang tahun ke-30 penubuhannya dalam industri pembangunan hartanah negara.
Sejak ditubuhkan pada 1996, Matrix Concepts membina reputasinya menerusi pembangunan bandar baharu yang mapan, termasuk Bandar Sri Sendayan di Negeri Sembilan dan Bandar Seri Impian di Kluang, Johor.
Kumpulan itu turut mengembangkan operasinya ke Lembah Klang menerusi beberapa projek kediaman, antaranya Chambers Kuala Lumpur, Levia Residence di Cheras dan Levia Residence di Puchong, sekali gus memperluas kehadirannya dalam pasaran hartanah yang berbeza.









