JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berdepan tugas getir tatkala perlu mengharungi dua kompetisi yang berbeza dengan berdepan saingan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee dan disusuli aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di gelanggang lawan pada 19 November dan 24 November ini.
Pengendali JDT, Xisco Munoz sendiri mengakui dirinya perlu merancang dengan lebih tersusun untuk mengharungi dua kempen berbeza yang memerlukan barisan pemain berada di tahap fizikal dan mental yang kuat untuk menentang kelab dari Vietnam, Cong An Hanoi FC di Stadium Hang Day, Hanoi, malam esok.
Tambah beliau, selepas aksi menentang kelab dari Vietnam itu, JDT akan terbang ke Thailand untuk aksi ACLE menentang Ratchaburi FC di Stadium Ratchaburi, 24 November ini dan pastinya dua perlawanan yang bakal ditempuhi cukup mencabar.









