IPOH: Serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak ke atas sebuah stor penyimpanan di Kamunting, Taiping, hari ini, membawa kepada pembongkaran sindiket memotong peket minyak masak bersubsidi 1 kilogram (kg) dan menjualnya semula sebagai minyak terpakai pada harga lebih tinggi.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata dalam serbuan pasukan KPDN Cawangan Taiping kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, minyak masak peket 1kg bernilai lebih RM80,600 turut dirampas kerana barang kawalan terbabit dipercayai disimpan tanpa kebenaran.

"Serbuan itu dijalankan hasil risikan selama seminggu terhadap aktiviti penyimpanan minyak masak peket 1kg yang disyaki diperoleh daripada syarikat pembungkus dan pemborong minyak masak sekitar Perak.