KUALA LUMPUR: Kesan kawalan terbaharu Amerika Syarikat (AS) terhadap penghantaran cip kecerdasan buatan (AI) ke Malaysia masih terlalu awal untuk dinilai, berikutan perkembangan berhubung perkara itu masih berjalan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, berkata isu berkenaan mencerminkan risiko geoekonomi yang semakin dihadapi negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Beliau berkata, Malaysia akan terus mempertahankan perdagangan berasaskan peraturan serta mengekalkan keterbukaan kepada pelaburan dan perniagaan antarabangsa.
"Seperti yang dinyatakan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Malaysia akan terus berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan berhubung perkara ini.









