SHAH ALAM – UMNO mendakwa tindakan bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menularkan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu bentuk penghinaan dan hasutan yang disengajakan.Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tindakan itu bertujuan mencetuskan perdebatan serta polemik bagi mempersoalkan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.Beliau berkata, pihaknya memandang serius dan amat kesal dengan tindakan Tony Pua memuat naik dokumen berkenaan menerusi akaun Facebook beliau.Menurutnya, kuasa pengampunan, pengurangan dan melegakan hukuman merupakan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong sebagaimana termaktub dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.Justeru, katanya, segala urusan dan dokumen berkaitan prosiding Lembaga Pengampunan sewajarnya diuruskan dengan penuh cermat, kerahsiaan serta penghormatan terhadap kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong."Persoalan utama yang perlu dijawab ialah adakah penyahklasifikasian dan pendedahan minit mesyuarat tersebut telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong?"Walaupun terdapat proses penyahklasifikasian dokumen, UMNO berpandangan perkara yang menyentuh secara langsung prosiding Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Seri Paduka Baginda sewajarnya terlebih dahulu dirujuk kepada Baginda bagi mendapatkan perkenan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Asyraf Wajdi turut mendakwa Tony Pua berterusan memperalatkan prosiding pengampunan diraja sebagai bahan perbalahan politik dan tidak menghormati kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.Sehubungan itu, UMNO mendesak kerajaan memberikan penjelasan segera mengenai proses, asas perundangan dan pihak yang meluluskan penyahklasifikasian minit mesyuarat berkenaan, termasuk sama ada perkenan Yang di-Pertuan Agong telah diperoleh."Sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau prosedur, tindakan tegas perlu segera diambil bagi mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu, keluhuran Perlembagaan dan menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong," tegasnya.
UMNO dakwa penularan minit Lembaga Pengampunan satu bentuk hasutan

Key takeaways
UMNO menuduh Tony Pua telah menyalurkan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan permohonan Najib sebagai hasutan, menegaskan bahawa dokumen tersebut sepatutnya dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong.
- UMNO menilai tindakan Tony Pua menyalurkan minit Lembaga Pengampunan sebagai hasutan dan penghinaan.
- Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi, menegaskan bahawa prosiding Lembaga Pengampunan adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong.
- UMNO menganggap dokumen tersebut sepatutnya dirujuk kepada Raja sebelum dipaparkan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian UMNO dakwa penularan minit Lembaga Pengampunan satu bentuk hasutan (this story)








