JOHOR BAHRU – Permohonan maaf Datuk Seri Ahmad Maslan kepada Perdana Menteri tidak sepatutnya dibuat sekadar melalui sepucuk surat di luar Dewan Rakyat, sebaliknya perlu dilafazkan secara terbuka di dalam dewan itu.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, tindakan itu lebih wajar memandangkan pantun yang mencetuskan kontroversi berkenaan turut dilafazkan di Dewan Rakyat.Menurutnya, Ahmad Maslan yang juga ahli politik berpengalaman sepatutnya lebih arif mengenai adab dan tanggungjawab dalam berpolitik serta menunjukkan teladan yang baik."Rasanya, tidak perlulah kita mengajar beliau apa yang patut dilakukan. Beliau sendiri tentu lebih tahu membezakan antara tindakan yang wajar dengan yang tidak."Jika pantun tersebut dilafazkan di Dewan Rakyat, maka di Dewan Rakyat jugalah beliau sepatutnya tampil memohon maaf secara terbuka. Biar satu dewan mendengarnya," katanya.Sebelum itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan mengemukakan permohonan maaf secara rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kekhilafan kata-kata ketika sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Rakyat pada 16 November lalu.Menerusi surat rasmi bertarikh 17 November 2026 yang dicop terima oleh Pejabat Perdana Menteri pada Rabu (18 November), Ahmad mengakui pemilihan kata dalam pantun yang dilafazkannya tidak sesuai dengan tanggungjawab beliau sebagai Anggota Pentadbiran kerajaan.Dalam Faezuddin turut mengingatkan Timbalan Pengerusi UMNO Johor itu supaya mengambil kira kedudukan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk berasaskan kepercayaan dan persefahaman antara parti.Katanya, sebarang tindakan yang boleh mengguris hubungan sesama rakan dalam kerajaan tidak seharusnya dipandang ringan kerana berisiko menjejaskan kepercayaan dan kerjasama politik."Jika dibiarkan berlarutan, keadaan itu boleh menggoncang kerjasama politik dan akhirnya mengundang ketidakstabilan kerajaan," katanya.Beliau turut menyampaikan mesej menerusi pantun:Burung merpati terbang sekawan,Hinggap sebentar di pohon ara,Jangan kerana tutur tak berpedoman,Goyah kerajaan, rakyat sengsara.
Ketua AMK Johor gesa Ahmad Maslan mohon maaf secara terbuka di Dewan Rakyat

Key takeaways
Ketua AMK Johor, Faezuddin Puad, menuntut Ahmad Maslan memohon maaf secara terbuka di Dewan Rakyat kerana pantun kontroversi yang dilafazkannya di sana. Ahmad Maslan telah menghantar surat permohonan maaf rasmi pada 17 November 2026.
- Faezuddin Puad menegaskan permohonan maaf perlu di Dewan Rakyat kerana pantun dilafazkannya di sana.
- Ahmad Maslan menghantar surat permohonan maaf rasmi pada 17 November 2026 kepada Perdana Menteri.
- Faezuddin mengingatkan Ahmad Maslan mengambil kira kedudukan Kerajaan Perpaduan dan kepercayaan parti.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Ahmad Maslan gesa UMNO seluruh negara buat laporan polis
- Malaysiakini (BM) Ahli parlimen PH cabar Ahmad Maslan letak jawatan menteri
- Sinar Harian Ketua AMK Johor gesa Ahmad Maslan mohon maaf secara terbuka di Dewan Rakyat (this story)
- Malaysiakini (BM) Ahmad Maslan mohon maaf pada PM, tarik balik pantun 'kencing'








